Monday, July 3, 2017

BLOGGER BANTU PENIAGA KECIL

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger  sudah lama terlibat dalam dunia penulisan lebih dari 30 tahun.  Sebelum datang dunia IT ini Blogger begitu teringin menerbitkan akhbar kecil  untuk  satu bandar atau daerah  seperti  Daerah Seberang Tengah  misalannya. Tujuannya untuk melapur apa yang menarik di kawasan ini  disamping menyediakan wadah  pengiklanan untuk para peniaga di sini.


Blogger berharap dapat menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan dan penerbitan  untuk membantu para perniaga di kawasan ini. Blogger sedar dan yakin bahawa para peniaga juga sedar  pengiklanan merupakan segmen  yang teramat penting dalam usaha meningkatkan jualan dalam sesuatu perniagaan.

Sebenarnya idea ini timbul setelah kawan baik Blogger  balik dari belajar di US, dia kata di sana hampir setiap pekan kecil ada akhbar sendiri, lama dulu. Sejak itulah  terniat dan tergerak di hati Blogger untuk menerbitkan akhbar seumpama itu. Namun untuk menerbitkan bentuk kovensional  rasanya tidak berbaloi kerana kos pencetakan agak tinggi. Jadi kos pengiklanan juga pasti tinggi dan membebankan perniaga kecil.  Jadi rancangan itu tinggal rancangan dan memang sukar untuk di laksanakan.

Namun setelah datangnya  zaman dunia tanpa sempadan perasaan itu kembali berkembang. Namun Blogger  belum mendapat konsep yang sesuai untuk melaksanakannya disamping kekangan urusan lain.  Kini Blogger  merancang menerbitkan portal seumpama akhbar kecil itu di beberapa kawasan termasuk Seberang Perai Tengah kerana blogger memang berasal daripada Seberang Perai Tengah.

Oleh kerana kini Blogger  tinggal di Padang Serai saya akan membina satu untuk Padang  Serai.  Disamping itu Blogger akan membina sebuah portal untuk Kulim kerana Kulim adalah kawasan tengah-tengah perjalan  Blogger dari Padang Serai ke Seberang Perai Tengah.  Blogger juga akan membina satu untuk Kepala Batas sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai.

Hakikatnya portal ini bukan hanya portal iklan semata-mata,  Blogger akan menulis cerita mengenai “HUMAN INTEREST”, “PRIHATIN” dan ‘MASALAH SETEMPAT”.  Bagi merealisasikan hasrat ini Blogger memohon kerjasama  pembaca di kawasan yang terbabit untuk memberikan info kepada blogger melalui Whasapp atau SMS ke 019-560 7802, Blogger akan ke sana mendapatkan bahan.

Disamping itu Persatuan dan NGO dalam Seberang Perai Tengah   juga boleh memberi info mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan kerana Blogger akan membuka satu ruangan yang di namakan “DAIRI SPT”.  Pemimpin persatuan dan NGO boleh juga menyalur maklumat kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS  ke  019-560 7802. Boleh juga di salur melalui E-Mel  ke nurzaman20@gmail.com.

Blogger mengharapkan usaha kecil membantu perniaga kecil ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada para perniaga manakala masyarakat di kawasan ini  juga dapat mengetahui  barangan yang diniagakan di kawasan  tersebut, serta mendapat info mengenai program serta aktiviti malah dapat membaca cerita-cerita menarik di kawasan ini.

Blogger yakin dalam masa yang terdekat ini Portal  SPT  akan menjadi popular dan mampu menarik masyarakat SPT melayarinya.


Sekian Terima Kasih.




KLIK UNTUK KE PORTAL INI

KLIK UNTUK KE PORTAL INI


KLIK UNTUK KE PORTAL INI


KLIK UNTUK KE PORTAL INI


No comments:

Post a Comment